Persenjataan RSS Unity

  1. 1 x 76mm meriam Oto Melara
  2. 2 x Mistral SAM
  3. 2 x tube torpedo Whitehead
  4. 4 x 0.5" MG

Kapal peronda RSS Unity (99) milik Singapura merupakan kapal peronda jenerasi moden kelas Fearless yang terbaru menyertai tentera laut Singapura. Kapal peronda RSS Unity memenuhi keperluan Singapura dan berperanan sebagai kapal anti-kapal selam.

Kapal peronda 'kelas Fearless atau Berani dibina oleh Singapore Technologies Marine Ltd (ST Marine), yang merupakan anak syarikat Singapore Technologies Engineering. Singapore Technologies Marine Ltd (ST Marine) memenangi kontrak untuk membina 12 buah kapal pada Februari 1993 dan kapal peronda kelas Fearless yang pertama ditempah pada suku pertama 1996. Penempahan kapal terakhir dilakukan pada May 1999.

Enam kapal peronda kelas Fearless yang pertama iaitu, RSS Fearless (94), RSS Brave (95), RSS Courageous (96), RSS Gallant (97), RSS Resilience (98) dan RSS Unity (99), dilengkapi untuk misi pertempuran anti-kapal selam. Baki enam buah kapal lagi dilengkapi dengan peluru berpandu bagi keupayaan pertempuran dipermukaan laut "anti-surface warfare".

Kapal peronda sepanjang 55 m mempunyai badan selapis dengan badan separuh sesaran bilge bulat round bilge, dengan rangka berbentuk-V yang halus pada bahagian hadapan. Superstrukturnya diperbuat daripada aloi ringan gred marin (kegunaan di air masin). Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera negara pelanggan.